Cottage Inn Gerik
Cottage Inn Gerik adalah sebuah hotel penginapan milik kerajaan tempatan yang dikendalikan oleh Syarikat bumiputera Melayu, orang Gerik sendiri.Tempat penginapan yang dikenali sebagai Rumah Rehat Gerik, terdiri dari dua blok bangunan dua tingkat dan satu bangunan setingkat ini terletak di bandar Gerik, Perak.
Bangunan berciri klasik ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada tahun 1984. Mulai Januari 2024, Cottage Inn Gerik berubah wajah.
Penginapan yang mempunyai 39 bilik ini digayakan dengan dengan kombinasi gaya tradisional dan moden. Selain dari saiz biliknya yang lebih luas, terdapat beberapa kemudahan lain seperti Kafe Cottage Inn, Ruang Makan VIP, Dewan Seri Kemboja, Surau dan kawasan parking yang luas.
Bersebelahan dengan Cottage Inn Gerik terdapat Taman Inai, sebuah taman rekreasi dan terdapat juga sebuah lapangan terbang tentera yang menjadi salah satu tempah bersejarah di Gerik. Kawasan sekelilingnya cantik, tenang dan mendamaikan.